Sunday, January 18, 2009

BERSATULAH WAHAI KAUM MUSLIMIN


BANDAR GAZA - Dua kanak-kanak yang berlindung di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh di Gaza selepas terkena bedilan sebuah kereta kebal Israel semalam.

"Dua kanak-kanak lelaki itu jelas tidak berdosa," kata Ketua Agensi Bantuan PBB (UNRWA) di Gaza, John Ging selepas sekolah itu dibedil di bandar Beit Lahiya.

Dia berkata, kanak-kanak lelaki itu adalah adik beradik dan mereka berumur lima serta tujuh tahun manakala ibunya cedera tetapi kedua-dua kakinya putus.

"Persoalan sekarang adakah pembunuhan semua penduduk awam yang tidak bersalah di Gaza adalah satu jenayah perang?" soal Ging.

Tentera Israel menyatakan ia menyerang 50 sasaran pada malam kelmarin termasuk 16 buah terowong, dua buah masjid, tiga kubu bawah tanah, lapan pelancar roket dan enam lokasi termasuk sebuah bangunan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mendesak satu gencatan senjata perlu diwujudkan dengan segera.

Ki-moon menegaskan keganasan di wilayah Palestin akibat serangan tentera Israel itu tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.

Sejak 27 Disember lalu, lebih 1,202 penduduk Palestin terbunuh termasuk 410 kanak-kanak manakala 5,300 lagi cedera. - Reuters

0 comments:

AlbuM KenangaN