Saturday, August 23, 2008

Friday, August 22, 2008

PEMAHAMAN UMUM TENTANG PERLAKUAN ZINA


Tafsiran umum tentang perlakuan zina..
Zina membawa maksud perlakuan sumbang ataupun persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah di sisi syara`..

Perlakuan ini mestilah berlaku antara lelaki dan perempuan tanpa paksaan serta berlaku dengan rela hati


Satu persoalan di sini ialah, apakah tidak sama antara ZINA, SEKS BEBAS yang berlaku begitu berleluasa masa kini? Mungkin perkataan tersebut berasal dari rumpun yang berbeza, tetapi perlu diingat bahawa bahasa dan sebutan mungkin berbeza akan tetapi membawa satu maksud yang sama dalam agama iaitu ZINA atau melakukan hubungan seks tanpa keizinan syara`.




Mari kita renung sejenak tentang enakman sivil dan syara` tentang zina(seks bebas) yang mungkin serba sedikit telah mempengaruhi minda remaja serta masyarakat islam masa kini.

Jenayah zina dalam perundangan Islam berbeza dengan jenayah zina dalam perundangan sivil. Perundangan Islam menganggap bahawa setiap persetubuhan haram itu ialah zina dan dikenakan hukuman ke atas yang melakukannya sama ada oleh orang yang sudah kahwin ataupun belum kahwin. Sementara perundangan sivil pula tidak menganggap setiap persetubuhan haram itu zina. Hanya pada kebiasaannya hukuman akan dijalankan dalam bentuk yang khas dari kalangan mereka yang sudah berkahwin sahaja. Selain itu ia dianggap sebagai pencabulan kehormatan. Apabila persetubuhan itu dilakukan dengan rela hati, maka mengikut perundangan sivil, tiada hukuman dijatuhkan selagi kerelaan itu tidak mengaibkan.

Apa yang dimaksudkan oleh setengah negara dengan kerelaan yang mengaibkan itu ialah apabila orang yang disetubuhi itu tidak sampai umur 18 tahun genap. Hukuman bagi persetubuhan dengan kerelaan yang mengaibkan ini adalah ringan sahaja, kerana perlakuan itu hanya dianggap sebagai salah laku.

Undang-undang Islam menyifatkan perbuatan zina sebagai penggugat kehidupan orang ramai dan kesejahteraan mereka serta musuh yang ketat kepada keluarga, sedangkan keluarga adalah asas atau punca terdirinya sesuatu jemaah. Dengan membenarkan atau membebaskan orang-orang melakukan zina itu boleh menyebarluaskan kejahatan dan keburukan di kalangan masyarakat. Mula-mula akan menghancurkan keluarga dan akhir sekali menghancurkan ummah. Inilah yang mahu dicegah oleh Islam sebagai agama rahmat dan penyelamat sejagat.

Adapun menurut undang-undang sivil, zina dianggap urusan individu atau masalah peribadi yang tidak menyentuh individu lain, atau tidak menyentuh urusan masyarakat, kecuali dalam kes yang dinamakan pelacuran, dimana setengah-setengah negara akan mengenakan tindakan undang-undang. Kerana itu menurut undang-undang sivil tiada hukuman dikenakan kepada orang yang melakukan zina, kecuali jika tiada kerelaan ketika melakukannya.

Masyarakat Eropah dan masyarakat Barat pada umumnya rosak disebabkan zina. Akhlak yang mulia hancur disebabkan pergaulan yang tidak mengenal batasan. Anak-anak gadis di bawah umur lagi sudah sedia mengenali budaya buruk ini. Umur 15 tahun lagi ataupun lebih awal dari itu, anak-anak gadis sudah hilang dara. Tegasnya bersekedudukan sebelum kahwin adalah perkara biasa bagi masyarakat Barat.



KAJIAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PENSYARAH UKM

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan isu-isu yangberkaitan dengan permasalahan moralkhususnya yangmenyentuh perkara-perkara berkaitan hubungan antara lelaki dan perempuan, mereka pastinya telah mengetahui tentang isu terkini sekitar laporan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah dibuat oleh pakar Psikologi Kanak-kanak dan Remaja, Dr. Khaidzir Ismail telah mendedahkan bahawa hanya seorang sahaja daripada subjeksubjek ujikaji berjumlah 887 remaja bermasalah masih belum pernah melakukan ’hubunganseks’. Laporan tersebut telah menjadi isu kontroversi dimana penemuan tersebut telah dikritik hebat oleh mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menyatakan hasil laporan tersebut tidak boleh digunapakai kerana terdapat kesalahan dari segi statistik serta definisi. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula meluahkan, ‘‘Jangan hukum seluruh generasi muda hanya kerana perlakuan 886 gadis... ramai lagi golongan remaja perempuan yang baik, rajin, menghormati orang tua dan tidak tinggal sembahyang... kenapa kita tidak bercakap mengenai mereka? Kenapa kita hanya menumpu kepada isu-isu kecil sahaja”. Beliau seterusnyamenyatakan, ‘‘Jangan jadikan hasil kajian ini untuk menghukum mereka. Henti menghukum generasi muda,’katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaranmedia Festival Sastera Antarabangsa Kuala Lumpur [UM02/03/07].


Cukup malang apabila kita mendengar kes ini dianggap sebagai kes kecil sahaja, apatah lagi bila dikatakan tidak perlu menghukum remaja dengan (kajian) kes-kesebegini. Mungkin kerana ia melibatkan remaja maka iadianggap kes kecil dan tidak perlu menghukum, tetapi jika ia melibatkan mana-mana Datuk atau Menteri, maka kes ini adalah kes besar dan perlu dihukum. Mungkin juga kerana ia dilakukan secara suka sama suka oleh remaja yangberkenaan, maka ia dianggap sebagai kes kecil sahaja dan tidak perlu menghukum remaja kerananya, tetapi jika remaja memaksa (mencabul kehormatan/merogol) remaja lain, barulah kes ini dikatakan besar! Pelik! Apakah standard/ukuran yang digunakan? Walhal di dalam Islam, sesiapa sahaja yang berkhalwat, berzina (suka sama suka) atau merogol, sama ada rendah atau tinggi status sosialnya sekalipun, jika ia dilakukan oleh orang yang telah baligh dan berakal, maka ia wajib dihukum. Dengan kata lain, kes ini wajib diselesaikan, bukan dibiarkan. Biarpun kesahihan kajian UKM tersebut dipertikaikan, namun apa yang pasti masalah keruntuhan akhlak terutama yang membabitkan hubungan antara lelaki dan perempuan seperti khalwat, zina dan lain-lain, memang telah lama menular di dalam masyarakat Islam di Malaysia.




Pertikaian dari segi statistik dan definisi ini tidak dapat menidakkan gejala sosial yang semakin parah ini.Tambahan lagi, bukan soal statistik dan definisi yang inginkita bahaskan, tetapi kesalahan itu sendiri. Maksudnya, wujud atau tidak salah laku tersebut, inilah yang kita perlu persoalkan. Jika wujud, tidak kira berapa statistiknya sekalipun, kita wajib menyelesaikannya, dan wajib diselesaikan menurut perspektif Islam, bukan menurut akal serta nafsu kita semata-mata.






Perbincanganः

Seks dalam pemikiran sebahagian orang tua atau masyarakat adalah suatu ungkapan yang kotor. Mereka tidak suka untuk membincangkanya dengan anak-anak remaja mereka sepertimana orang-orang tua dahulu juga tidak pernah mendiskusinya dengan mereka.
Terima kasih kepada burung-burung, lebah-lebah yang mengajarkan kepada umat manusia bahwa seks adalah perkara alamiah dan merupakan pemberian Allah SWT.
Bagi anak muda masa kini tidak cukup dikatakan bahawa mereka tidak boleh terlibat dalam seks, sebab islam melarangnya. Mereka inginkan penjelasan. Mereka perlu diberitahu tentang risiko-risiko seks kini, tentang penyakit-penyakit yang boleh dijangkiti, tentang kehamilan remaja serta pentingya seks dalam perkahwinan.

``Jika anda memberitahu anak-anak kecil tentang seks, maka mereka akan mempraktikkanya. Jika anda memberitahu mereka tentang penyakit kelamin, maka mereka akan pergi mencarinya. Sungguh luar biasa, kita melihat bahawa kebnayakan penentangan terhadap pendidikan seks disebabkan anggapan bahawa pengetahuan seks itu berbahaya. Kegalalan kita untuk mengatakan kepada anak-anak apa yang mereka inginkan dan perlu tahu merupakan satu sebab mengapa kita mendudki tempat pertama dalam hal tingkat kehamilan remaja luar nikah dan tahap pengguguran bayi diantara Negara-negara maju di dunia’’
Dr.Sol Gordon
Profesor Emeritus, Syracuse University,
seorang pakar pendidikan seks.

``What Kids Need to Know’’, Psychology Today,
Oktober 1986.


Allah SWT telah berfirman, ``Katakanlah! Apakah sama orang yang memiliki pengetahuan dengan orang-orang yang tidak memiliki pengetahuan?’’ (Az Zumar:9)

Nabi SAW bersabda, ``Maka beruntunglah wanita-wanita ansar! Kesuciandiri mereka tidak mencegah mereka menuntut pengetahuan tentang agama mereka.’’ (H.R Bukhari dan Muslim).

Pengenalan

Alquran telah begitu banyak menekankan tentang meraih ilmu pengetahuan, dan fakta menunjukkan bahwa pada masa Rasulullah SAW, kaum muslimin lelaki serta perempuan tidak pernah merasa malu untuk mengajukan pertanyaan-pertanyaan kepada RAsulullah SAW, termasuk pertanyaan-pertanyaan tentang hal yang berkaitan masalah-maslah peribadi mereka, seperti kehidupan seksual dan sebagainya.

Justeru, para ibu bapa seharusnya sedar bahawa seks tidak selalu merupakan sesuatu yang kotor. Seks merupakan suatu aspek yang penting dalam kehidupan kita. Allah mengatur seluruh aspek kehidupan manusia, tidak hanya mengatur cara beribadah kepada-Nya. Allah membahsakan tentang reproduksi, pencipataan, kehidupan keluarga, menstruasi(haid), dan bahan ejakulasi dalam Alquran. Rasulullah SAW yang diutus sebagai teladan bagi kita juga membahas berbagai aspek kehidupan seksual dengan para sahabat beliau, termasuk posisi-posisi (ketika hubungan )seksual.

Alas an utama yang sering dikemukakan ialah seks tidak sesuai untuk dibincangkan dengananak-anak kerana mereka masih kecil, mereka akan mengetahuinya dengan sendiri bila dewasa kelak, mereka perlu katahuinya melalui ceramah dan sebagainya. Wal hal islam menyarankan agar kita menerangkan kepada anak-anak agar ia tidak menjadi suatu perkara yang dianggap terlalu asing.persoalanya sekarang, adakah tiadanya pendidkan seks erhadap remaja yang menjadi pendorong kepada gejala yang tidak sihat pada masa kini?

Apakah itu Pendidikan Seks dan siapa yang Harus Memberikanya?

Apakah pendidikan seks berkaitan dengan bagaiman mengetahui struktur dan funsi tubuh manusia, atau tentang prakyik seks, atau tentang reproduksi dan kehidupan keluarga, atau tentang pencegahan penyakit-penyakit menular seksual tentang kehamilan yang tidak diinginkan? Apakah memberikan pendidikan sama dengan memberiakn izin berhubungan seks?

Jadi, adalah menjadi kemestian untuk memahami objektif tentang pengetahuan seks yang perlu diberikan kepada anak-anak kerana pada masa kini mereka sudah terdedah dengan pelbagai ranjau serta dugaan dalam pergaulan. Seandainya kita memberikan perhatian yang sepenuhnya, bagaimana pula ketika mereke di sekolah, ketika mereka beraktivit, ketika mereka bepersatuan, jadi ketika inilah pengetahuan yang ada walaupun sedikit akan membantu diri mereka untuk menjauhi perkara tersebut.

Berkaitan dengan pertanyaan`` Siapakah yang harus mengajar atau memberikan pengetahuan tentang pendidkan seks? Ibu bapa adalah mereka yang perlu memainkan peranan dalam memberikan pengetahuan serta kesedaran kepada anak-anak terutamanya bahayanya seks bebas serta mengaitkanya dengan hokum agama. Setidak- tidaknya anak-anak akan mempuyai kesedaran serta sedar akan tatacara pergaulan seharian serta secara tidak langsung akan menghindarkan diri mereka dari gejala yang tidak sihat tersebut.












Konsep Islam Tentang Seksualiti

Islam mengenal kekauatan kepentingan seksual, namun subjek tersebut dibahs dalam Alquran dan hadis Nabi SAW secara serius, berkenaan dengan perkahwinan dan kehidupan keluarga.

Hadis- hadis Rasulullah SAW

`` Ketika salah seorang diantara kalian berhubungan seks dengan isterinya, maka ia diberi pahala sedekah.’’ ``Tapi kami melakukanya berdasarkan keinginan kami. Bagaimana dapat dianggap sebagai sedekah?’’ Rasulullah SAW menjawa, ``` Jika kalian melakukanya dengan seorang wanita yang bukan isteri kalian, maka hal itu dianggap sebgai dosa; namun jika kalian melakukanya denga isteri kalian, maka dianggap sebagai sedekah.’’



Konsep Penzinaan dalam Islam

Allah SWT berfirman dalam Alquran. ``Janganlah kamu mendekati zina! Sesungguhnya berzina itu merupakan yang keji lagi tercela.’’ (Q.S. al Israa`:32)
`` Katakanlah! Sesungguhnya Tuhanku mengharamkan perbuatan-perbuatan keji, baik yang Nampak mahupun tersembunyi, dan (Tuhan ku juga mengharamkanya) perbuatan dosa serta melarang dari melanggar hak manusia tanpa alas an yang besar.’’ (Q.S al A`raf:33)
``Wanita-wanita yang keji adalah untuk para lelaki yang keji, dan para lelaki yang yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Demikian pula para wanit yang baik adalah untuk lelaki yang baik, dan para lelaki yang baik adalah untuk para wanita yang baik.’’ (Q.S an Nurr: 26)

Rasulullah saw. Telah bersabda bahawa penzinaan merupakan salah satu diantara tiga dosa besar. Kisah yang paling menarik ialah kisah tentang seorang pemuda yang datang menemui Rasulullah saw. Dan meminta izin untuk melakkan zina sebab ia tak mampu mengendalikan dirinya. Rasulullah saw. Berbicara kepadanya dengan mengemukakan logic dan bertanya kepadanya apakah dia bersetuju apabila seseorang melakukan zina dengan ibunya atau saudara perempuanya atau anak perempuanya atau isterinya. Setiap kali Rasulullah saw memperinci pertanyannya, pemuda itu selalu menjawab, Tidak,’’. Selanjutnya Rasulullah saw. Menjelaskan bahawa wanita yang engkau ingin berhubungan seks denganya adalah juga ibu seseorang atau saudara perempuan seseorang atau anak perempuan seseorang atau isteri seseorang. Pemuda itu memahaminya dan akhirnya bertaubat. Rasulullah saw.pon memohon ampun baginya dari Allah SWT.

Perzinaan merupakan satu kejahatan yang bukan sahaja melawan satu orang tetapi melawan seluruh masyarakat. Penzinaan merupakan sebuah pelanggaran terhadap kontrak perkahwinan. Penzinaan yang merupakan seks pranikah( sebelum nikah) mahupun seks ekstranikah (perselingkuhan) merupakan wabak dalam masyarakat. Bukan sahaja islam melarang berzina, malah agama kristian juga turut menghalangnya, contohnya: Tidak ada orang Kritian yang mendengar seruan Injil yang berbunyi ``Kalian tidak boleh melakikan penzinaan’’, manakala pendekatan dalam Alquran pula berbunyi `` Jangnlah kamu mendekati zina’’.

Ayat diatas bukan sahaja melarang manusia dari melakukan zina, akan tetapi turut memerintahkan agar manusia menjauhi perkara yang dapat membawa kepada berlakunya zina. Allah SWT berfirman, `` Katakanlah kepada kaum lelaki beriman agar mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kesucian kemaluan mereka. Hal itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada kaum wanita beriman agar mereka menahan pandangan mereka serta memelihara kesucian kemaluan mereka.’’ (Q.S an Nurr:30-31).





KENANGAN KETIKA MENABUR KHIDMAT BAKTI DI KEMBOJA(CAMBODIA)

Ketika tiba di Lapangan Terbang Phnom









Gambar ini diambil ketika menetap sementara di km19..








Bergambar di hadapan istana kemboja








Dah pegi jauh-jauh...rugi la tak shopping...macam2 ada,,sutera,,seramik,,bahan dari rotan,,t-shirt dan mcm222 ada...


siapkan duit ajeee tauuu..

AlbuM KenangaN