Wednesday, November 12, 2008

MAJLIS RASMI BERTUKAR MENJADI PARTI PANAS!!!!!


Kuala Nerus – Sebaik sahaja Yang DiPertuan Agong Agong meninggalkan majlis, Perasmian FEI-WEC 2008 di Stadium Sultan Mizan dekat sini lewat malam semalam bertukar menjadi 'konsert liar'.

Sekitar jam 11 malam, selepas pertunjukkan bunga api dan pengacara majlis mengumumkan keberangkatan pulang Yang DiPertuan Agong dan Permaisuri, diikuti Dato' Seri Najib Razak, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said keluar dari majlis.

Konsert kemudiannya disambung dengan persembahan penyanyi Saleem dan anak-anak muda mula meluru turun menuju kehadapan pentas.(Gambar kanan - M.Nasir bergelek atas pentas)


Persembahan perasmian FEI-WEC 2008 yang agak sopan dengan lagu puisi dan berentak perlahan sewaktu kehadiran Tuanku Sultan, bertukar menjadi liar ala ‘woodstock’.
Beberapa artis lain yang turut mempersembahkan ‘hidangan panas’ menyebabkan dalam sekelip mata bahagian hadapan pentas dipenuhi dengan muda mudi yang bercampur baur lelaki dan perempuan. Umpama anak-anak yang ‘tiada ibu bapa dan penjaga’ di rumah, muda-mudi mula bebas melakukan aksi-aksi
sebagaimana yang biasa dilihat dalam konsert ‘budaya kuning’ (gambar
bawah/kiri - anak muda lelakitanpa segan silu berjoget).



Ramai anak muda lelaki yang berebut-rebut bersalaman dengan penyanyi wanita diatas pentas yang sengaja menghulurkan tangan, meniru ‘style’ artis Barat.

Tanpa segan silu, di atas ‘trek bitumen’ acara olahraga, anak-anak muda lelaki yang bergelek dan yang perempuan ‘bergedik-gedik’ menari, apabila detak jantung mereka bertambah laju mendengar rentak muzik yang semakin deras. Sehinggakan mereka tidak sedar bahawa waktu telah melewati jam 12.00 tengah malam, bila penyanyi Mila ‘terloncat-loncat’ berdendang di atas pentas.

Tepat jam 12.30 tengah malam, pengacara mengumumkan Jamal Abdillah, Mawi dan Ramli Sarip akan muncul lagi, setelah M.Nasir yang berumur 50-an bergelek didepan anak-anak muda yang sebaya dengan anak-anaknya sendiri. (Gambar bawah/kanan - anak muda perempuan bergedik-gedik)



Mereka yang hanyut seolah-olah mahu berhibur hingga waktu subuh tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman pembatalan kemunculan artis berkenaan dan konsert dihentikan.
Bukan kerana para artis tidak mahu menghiburkan mereka dan bukan juga mereka tidak bersedia untuk terus bertepuk tangan, bergedik dan berjoget

Ia dihentikan hanya kerana para pekerja stadium telah habis tugas dan mahu pulang kerumah masing-masing serta stadium akan ditutup!
Berdasarkan laporan tersebut, wajarkah pihak kerajaan ataupun penganjur membutakan mata sema-mata atau hanya melepaskan tanggungjawab yang sepatutnya mereka laksanakan iaitu mengawal pesta tersebut daripada menjadi liar serta memastikan pihak penganjur menghentikan program tersebut di tamatkan lebih awal. Seandainya beginilah peranan yang di mainkan oelh pihak berwajib, janglanlah sedap-sedap mulut untuk membincangkan tentang hukum islam apatah lagi melaksanakan islam hadhari ataupun inilah gambaran sebenar islam hadhari yang kita inginkin..Sedarlah wahai semua pemimpin serta umat islam bahawa umat islam masa kini berada di arus kehancuran yang telah melemahkan penyatuan umat sekalian..

Jangnlah biarkan gejala seperti ini berulang lagi apatah lagi majlis sebegini besar yang di anjurkan oleh kerajaan sesebuah negeri dan juga membawa imej Malaysia yang di katakan negara islam..saya tidak mahu menuding jari mencari salah siapa, akan tetapi marilah kita sama-sama sedar serta memperbetulkan segala kesilapan yang telah dan sedanh berlaku sebelum ujian yang lebih berat dari ilahi yang sudah pasti tidak mampu untuk kita menghadapinya..sedarlah wahai remaja islam, sedarlah sekalian umat islam..

AlbuM KenangaN