Sunday, March 29, 2009

Kenapa perkara ini sering berulang???

Pelik,Hairan, Namun itulah hakikatnya,,,

Kita sering mendengar, terbaca, diberitahu atau pelbagai cara lagi tentang isu muallaf yang samada baru atau sudah lama memeluk islam kembali menganut agama asalnya..mengapa perkara ini sering terjadi?? tidakkah kita semua orang islam sedar akan tanggunggjawab kita supaya mendekati mereka, memberi tunjuk ajar, berkawan dan sebagainya lagi. sebaliknya, apa yang sering terjadi ialah orang islam sendiri telah mencaci, mengherdik, menyisihkan, meminggirkan serta berpandangan serong terhadap golongan ini.

Apakah kita tidak sedar akan amanah kita sebagai pendakwah kepada diri sendiri, keluarga serta orang lain. kenapa kita pula yang menjadi manusia yang menjatuhkan agama islam itu sendiri. Adakah kita sememangya dilahirkan dalam keadaan islam secara keturunan ini cukup yakin dengan amalan kita sehinggakan sanggup melakukan perkara sedemikian atau sebaliknya individu atau sesiapa sahaja yang melakukan perkara tersebut sememangnya mengaku islam tetapi tidak beriman serta beramal denganya, kalau tidak, masakan sanggup berbuat demikian terhadap saudara kita yang baru memeluk islam..

Insaflah wahai kaum yang telah melakukan kesilapan tersebut,cermin-cerminlah diri anda kerana anda lah yang menjadi perosak kepada imej islam yang syumul.

Lihatlah kesanya!!!!

Murtad 30 tahun

KUALA LUMPUR: Siapa patut dipersalahkan apabila ada mualaf kembali kepada agama asal mereka selama puluhan tahun kerana gagal mendapat bimbingan serta perhatian sewajarnya selepas memeluk Islam?

Apakah kita sanggup perkara seperti ini terus berlaku???mari kita renungkan sejenak..ini adalah tugas kita untuk memberi bimbingan kepada mereka semua..pikullah amanah serta tanggunggjawab ini..

0 comments:

AlbuM KenangaN