Wednesday, January 21, 2009

PEMINAT KERETA SPORTS


`ANAK syarikat Proton Holdings Bhd, Lotus Cars Limited bakal melancarkan model terbaru yang dijana enjin berkuasa Supercharger dikenali sebagai Evora SC.

Capai 100km/j kurang 5 saat


entera berkenaan yang menggunakan enjin 3.5 L V6 mampu mencapai kuasa sehingga 350 kuasa kuda (hp) akan dipamerkan kepada umum pada Pameran Kereta British.

Kuasa Supercharger mampu menghasilkan tork sehingga 400 Nm yang membolehkan kenderaan itu bergerak daripada kedudukan pegun ke 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa kurang lima saat.

Model Evora terdahulu mencatatkan masa 5.5 pada jarak sama.

Lotus Evora adalah ahli keluarga terbaru Lotus selepas pelancaran model Elise kira-kira 13 tahun lalu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat kenderaan sport di seluruh dunia.

Kerangka Evora yang dihasilkan 100 peratus aluminium seberat 200 kilogram menjadikan model terbaru itu hanya memiliki berat keseluruhan 1,350 kilogram sahaja.

Ia mampu mencecah kelajuan sehingga 250 km/j dengan kuasa maksimum 276 hp daripada enjin aloi Toyota model 2GR-FE 3.5 L V6.

0 comments:

AlbuM KenangaN