Sunday, March 29, 2009

Perhatian Buat Semua Warga Fakulti Pendidikan UKM


Adalah dimaklumkan bahawa satu solat hajat akan di adakan pada 15 April 2009 bertempat di masjid ukm. Semua warga fakulti pendidikan dijemput hadir bagi sama-sama menjayakan program tersebut serta memohon kemudahan serta kesenangan pada Ilahi agar kita semua dapat menduduki peperiksaan final dengan baik serta barjalan dengan lancar.

Marilah kita sama-sama berdoa serta memohon pertolongan dariNYA.InsyAllah, sama-sama kita hadiri majlis solat hajat.

Kat Malaysia Pon Ada Belon Panas

Btol ke kat Malaysia pon ada belon panas??

Betol atau tidak..jom lihat gambar ini.Penulis sempat berkunjung ke Presint2, Putrajaya untuk sama-sama menyaksikan pesta tersebut.






Makan Malam Bakal Guru(ukm)

Malam Anugerah Graduan (MAG) UKM ini di adakan untuk meraikan para pelajar yang cemerlang serta kepada semua bakal guru yang bakal menamatkan pengajian pada bulan mei 2009.

Majlis tersebut telah berlangsung dengan gilang gemilang di samping juadah yang di sediakan juga enak-enak belaka..

Lihat foto di bawah:





Kenapa perkara ini sering berulang???

Pelik,Hairan, Namun itulah hakikatnya,,,

Kita sering mendengar, terbaca, diberitahu atau pelbagai cara lagi tentang isu muallaf yang samada baru atau sudah lama memeluk islam kembali menganut agama asalnya..mengapa perkara ini sering terjadi?? tidakkah kita semua orang islam sedar akan tanggunggjawab kita supaya mendekati mereka, memberi tunjuk ajar, berkawan dan sebagainya lagi. sebaliknya, apa yang sering terjadi ialah orang islam sendiri telah mencaci, mengherdik, menyisihkan, meminggirkan serta berpandangan serong terhadap golongan ini.

Apakah kita tidak sedar akan amanah kita sebagai pendakwah kepada diri sendiri, keluarga serta orang lain. kenapa kita pula yang menjadi manusia yang menjatuhkan agama islam itu sendiri. Adakah kita sememangya dilahirkan dalam keadaan islam secara keturunan ini cukup yakin dengan amalan kita sehinggakan sanggup melakukan perkara sedemikian atau sebaliknya individu atau sesiapa sahaja yang melakukan perkara tersebut sememangnya mengaku islam tetapi tidak beriman serta beramal denganya, kalau tidak, masakan sanggup berbuat demikian terhadap saudara kita yang baru memeluk islam..

Insaflah wahai kaum yang telah melakukan kesilapan tersebut,cermin-cerminlah diri anda kerana anda lah yang menjadi perosak kepada imej islam yang syumul.

Lihatlah kesanya!!!!

Murtad 30 tahun

KUALA LUMPUR: Siapa patut dipersalahkan apabila ada mualaf kembali kepada agama asal mereka selama puluhan tahun kerana gagal mendapat bimbingan serta perhatian sewajarnya selepas memeluk Islam?

Apakah kita sanggup perkara seperti ini terus berlaku???mari kita renungkan sejenak..ini adalah tugas kita untuk memberi bimbingan kepada mereka semua..pikullah amanah serta tanggunggjawab ini..

AlbuM KenangaN