Friday, March 27, 2009

Perhatian buat Si Teruna


Kepada sesiapa yang sedang mencari teman hidup..mungkin anda boleh jadikan 10 perkara tersebut sebagai panduan...akan tetapi jangan lupa pesanan agama dalam mencari pasangan iaitu dinikahi wanita itu kerana 4 perkara:
1)Harta
2)Keturunan
3)Kecantikan
4)Agama

Pilihlah yang beragama, sesungguhnya itulah yang terbaik..seandainya lengkap semua pakej, kira bonus la tu..

Tetapi jangan lupa tentang 10 perkara ini..survey terhadap perkara yang di benci wanita.
1.Panas baran
2.Suka mengongkong
3.Ego
4.Suka `cuci mata'
5.Main kayu tiga
6.Tidak sensitif perasaan wanita
7.Pentingkan kawan-kawan
8.Tidak tahu menghargai
9.Meninggikan suara
10.Menipu

Jadilah lelaki budiman serta berlaku jujur dalam perhubungan.renung2kan wahai kaum adam.

Iktibar buat kaum hawa


Baru-baru ini negara telah di gemparkan dengan kematian seorang wanita yang sedang mendapatkan khidmat melangsingkan badan di sebuah pusat kecantikan di Kuala Lumpur.

Penulis yakin akan pengetahuan umum akan hal tersebut. Apa yang ingin penulis sampaikan di sini ialah, khasnya buat kaum hawa, jangnlah hanya untuk kelihatan cantik semata-mata, keselamatan diri terabai.

Jadikanlah kejadian tersebut sebagai iktibar. tidak salah untuk menjadi cantik, tetapi apabila memudaratkan, maka hukumnya adalah haram.

Insaflah, sedarlah, berubahlah wahai kaum hawa yang semata-mata mengejar kecantikkan duniawi. Sebaliknya kejarlah kecantikkan dan kemolekkan rohaniah kerana itulah sebenarnya tuntutan agama.

Marilah kita semua jadikan perkara tersebut sebagai pengajaran dan iktibar berguna buat semua.

InsyAllah..hidup kita akan lebih diberkati Ilahi

AlbuM KenangaN