Thursday, January 22, 2009

OBAMA JANJI BAIKI HUBUNGAN DENGAN NEGARA ISLAM

21 JANUARI 2009. Obama telah berjanji akan memperbaiki hubungan dengan negara islam setelah pelbagai kejadian yang telah berlaku.

Beliau berjanji untuk membuka lembaran baru dalam perhubungan dengan dunia Islam berikutan ketegangan yang menyusuli serangan 11 September 2001 di AS serta perang di Iraq dan Afghanistan semasa pentadbiran Presiden George W. Bush.

“Kepada dunia Islam, kami mahukan arah tuju baru, berdasarkan kepentingan bersama dan sikap saling menghormati,” kata Obama semalam.

Harapan saya agar segala kata-kata beliau akan dikotakan, bukanya sekadar meraih populariti daripada janji tersebut.

sumber:utusan online

AlbuM KenangaN