Sunday, January 18, 2009

UCAPAN TAHNIAH


SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA RAKAN-RAKAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) YANG TELAH BERJAYA MENDAPAT TAWARAN SEBAGAI GURU MARA.

DIDOAKAN AGAR ANDA SEMUA MENDAPAT KEJAYAAN YANG BERTERUSAN SERTA BERKHIDMATLAH DENGAN PENUH TULUS IKHLAS DALAM MELAHIRKAN GENERASI PELAJAR YANG CEMERLANG UNTUK KECEMERLANGAN ISLAM SERTA UMATNYA PADA MASA DEPAN..INSYALLAH..

MOHD SHAZRIL IMRI ISMAIL

KEMARAHAN SEMUA UMAT ISLAM TERHADAP REJIM ZIONIS











TETAPI...CUKUPKAH KITA SEKADAR MEMIJAK BENDERA,MELAUNGKAN KATA-KATA BENCI SERTA MERMACAM-MACAM LAGI...SUDAH ENAM DEKAD MEREKA DIZALIMI...SATU TINDAKAN YANG LEBIH BERKESAN PERLULAH DI BUAT.

NEGARA ISLAM JANGANLAH HANYA PANDAI MENGADAKAN MESYUARAT SANA SINI KONONNYA MAHU MENCARI JALAN PENYELESAIAN...GUNAKANLAH KEKUATAN YANG KITA ADA...HENTIKAN BEKALAN MINYAK KEPADA NEGARA YAHUDI TERSEBUT!!!

WAHAI PEMIMPIN NEGARA ISLAM..JADILAH ORANG YANG BERANI DEMI MENEGAKKAN AGAMA...JANGANLAH MENJADI PEMIMPIN YANG HANYA BERKUASA PADA NAMA SAHAJA...

SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN...

YA ALLAH..HANCURKANLAH KAUM YAHUDI DARI MUKA BUMI INI!!!!

ARKIB : 18/01/2009

Lagi sekolah PBB dibom

Sidang tergempar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam menggesa gencatan senjata berpanjangan dilaksanakan segera di Genting Gaza dan askar Israel berundur sepenuhnya dari wilayah Palestin itu.


Israel melancarkan sekurang-kurangnya 50 serangan hari ini, termasuk ke atas sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan dua buah masjid di utara Gaza.

Qatar dan Mauritania mengambil keputusan menggantung hubungan diplomatik dengan Israel berikutan serangan tentera rejim Zionis itu ke atas Genting Gaza.

BERITA HANGAT

Anwar: KT bukti rakyat tolak kepimpinan Najib

KUALA LUMPUR, 18 JANUARI (SK) -KETUA UMUM KeADILan Anwar Ibrahim berkata kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu membuktikan rakyat tidak lagi menerima Barisan Nasional dan kepimpinannya.

“Umno telah hilang kekuatan di kubu mereka sendiri. Kekalahan di Kuala Terengganu bermakna rakyat menolak kepimpinan Najib (Razak),” kata Anwar.

Anwar menambah kekalahan BN juga adalah kekalahan peribadi Najib kerana sebelum ini dia berkata pilihanraya ini adalah kalah mati (do or die) bagi beliau.

Mengulas lanjut, Anwar berkata perpaduan di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat merupakan faktor kemenangan di dalam pilihanraya ini.

“Kemenagan di Kuala Terengganu ialah kerana, Pas, KeADILan, DAP telah berkerja sebagai satu pasukan seperti mana yang ditunjukkan ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lalu. Tahniah diucapkan kepada Pas dan Pakatan Rakyat,” kata Anwar kepada Suara Keadilan.

http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2009/01/1944

PERHATIAN UNTUK KAKI PANCING!!!!!

CABARAN memancing di Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi menjadi pembuka tirai tahun baru 2009. Seperti tahun sebelumnya, acara ini diadakan khusus untuk kaki pancing berhimpun untuk 'memanaskan badan' setelah selesai segala urusan musim persekolahan yang baru bermula pada awal tahun ini.

Bagi kaki pancing, biasanya mereka tidak memilih kedudukan lokasi, asalkan dapat memenuhi minat atau hobi mereka dalam aktiviti tersebut. Justeru itu, pastinya mereka tidak mahu melepaskan tarikh keramat pertandingan ini yang akan diadakan pada 25 Januari 2009 (Ahad) bermula pukul 8.45 pagi hingga 12.45 tengah hari selama empat jam.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM28,000 berserta sijil penyertaan dan hamper.

Tempat kedua menerima hadiah wang tunai RM12,000 dan ketiga RM4,000 manakala tempat keempat pula berjumlah RM2,000.

Bagi pemenang di tempat kelima hingga ke-40, mereka tidak pulang dengan tangan kosong, sebaliknya hadiah wang tunai tetap menunggu mereka.

Menurut kenyataan pihak penganjur, Aziz Safar, 44, dari Team Tuna Biru, Taman Tasik Cempaka cukup sinonim kepada penduduk Bangi untuk menjalankan aktiviti riadah ringan seperti berjoging, selain menikmati keindahan landskap dan panorama alam semula jadi yang damai.

Pada tahun lalu, di lokasi yang sama, lebih 1,200 peserta mengambil bahagian dalam acara yang sama.

Dalam pertandingan tersebut, Usop Mohd Saufi dari Serdang dinobatkan sebagai juara setelah berjaya menaikkan ikan keli seberat lima kilogram.

Tidak seperti tahun lalu, spesies ikan keli diletakkan dalam kategori khas pada tahun ini manakala ikan daripada spesies patin, pacu, tongsan dan rhu bakal menunggu joran kaki pancing untuk dinaikkan ke darat sekali gus dinobatkan sebagai juara tahun 2009.

Dengan lokasi yang strategik, tiada masalah bagi anda untuk sampai ke sini sama ada dari arah Kuala Lumpur atau Melaka. Mereka boleh melalui tol Bandar Baru Bangi atau tol Kajang sebagai panduan anda untuk ke lokasi.

Menariknya pada acara pembuka tirai tersebut, dianggarkan lebih 2,000 kaki pancing dari seluruh negara akan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Selain itu, sebanyak 500 helai baju-t telah disediakan untuk peserta yang mendaftar awal.

Dengan keluasan tasik yang boleh menampung lebih 2,000 peserta dalam satu masa, seramai 70 krew akan bertugas memantau perjalanan pertandingan tersebut.

Acara ini dianjurkan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Perwakilan Penduduk Zon 23, Bangi.

Yuran penyertaan adalah RM100 satu joran dengan dua mata sahaja dibenarkan dan umpan organ haiwan tidak dibenarkan.

Hanya ikan terberat dipertandingkan manakala spesies ikan keli hanya layak untuk kategori khas yang menawarkan hadiah juara sebanyak RM200, kedua RM100 dan ketiga RM70.

Sebanyak dua hadiah bonanza iaitu motosikal turut menunggu peserta yang bertuah.

Menurut Aziz, pertandingan kali ini bertemakan 'mesra pemancing' dan ia akan menghimpunkan semua kaki pancing termasuk menggalakkan orang ramai menjadikan memancing sebagai satu aktiviti atau hobi yang sihat.

"Peserta layak memenangi lebih daripada satu hadiah dan ini dilakukan bagi memberi kepuasan kepada para peserta yang bertanding," katanya dalam kenyataan kepada Kosmo!.

Selain itu, katanya, hampir dua tan pelbagai spesies ikan antaranya patin dan pacu akan dilepaskan pada Ahad ini (esok) untuk 'santapan' peserta kaki pancing yang akan menyertai pertandingan itu.

Menurutnya, hadiah wang tunai setiap satu jam pertandingan turut disediakan kepada para peserta yang berjaya menaikkan ikan mengikut berat yang mana, tempat pertama RM200, kedua RM100 dan ketiga RM70.

"Selepas empat jam berlalu, hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM1,480 akan menjadi habuan para pemancing yang bertuah. Hadiah ini adalah bonus kepada para pemancing, selain hadiah utama yang ditawarkan," katanya.

Apa lagi, jom pancing ke Tasik Cempaka dan lihat, siapakah bakal juara pertandingan memancing itu.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi urus setia pertandingan di talian 016-6215641 (Paus) atau 019-2213223 (Belitung).

BERSATULAH WAHAI KAUM MUSLIMIN


BANDAR GAZA - Dua kanak-kanak yang berlindung di sebuah sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh di Gaza selepas terkena bedilan sebuah kereta kebal Israel semalam.

"Dua kanak-kanak lelaki itu jelas tidak berdosa," kata Ketua Agensi Bantuan PBB (UNRWA) di Gaza, John Ging selepas sekolah itu dibedil di bandar Beit Lahiya.

Dia berkata, kanak-kanak lelaki itu adalah adik beradik dan mereka berumur lima serta tujuh tahun manakala ibunya cedera tetapi kedua-dua kakinya putus.

"Persoalan sekarang adakah pembunuhan semua penduduk awam yang tidak bersalah di Gaza adalah satu jenayah perang?" soal Ging.

Tentera Israel menyatakan ia menyerang 50 sasaran pada malam kelmarin termasuk 16 buah terowong, dua buah masjid, tiga kubu bawah tanah, lapan pelancar roket dan enam lokasi termasuk sebuah bangunan.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mendesak satu gencatan senjata perlu diwujudkan dengan segera.

Ki-moon menegaskan keganasan di wilayah Palestin akibat serangan tentera Israel itu tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini.

Sejak 27 Disember lalu, lebih 1,202 penduduk Palestin terbunuh termasuk 410 kanak-kanak manakala 5,300 lagi cedera. - Reuters

AlbuM KenangaN